MASJID BERUSIA 61 TAHUN INI PERLUKAN BANTUAN ANDA SEKARANG.
Masjid Rahmani Kampung Sadek 09200 Kupang Baling Kedah.
Masjid ini telah dibina pada tahun 1964 dan telah memberi maanfaat selama 61 tahun.
Bangunan yang berusia lebih 61 tahun ini sudah tentu mengalami pelbagai masalah kerosakkan. Masalah yang ketara adalah pada bahagian bumbung masjid yang tidak dapat mengalirkan air dengan lancar apabila hujan lebat kerana rekabentuk bumbung yang mendatar penyebab kebocoran teruk.
Penduduk kampung disini rata rata bekerja kampung sahaja dan mengimpikan masjid yang sedikit selesa. Oleh itu, bantuan anda untuk bagi pembinaan bumbung baru ini amatlah diharapkan.
Masalah Bumbung Masjid Sekarang
Bumbung lama mendatar yang menjadi punca kebocoran banyak tempat ketika hujan lebat.
Atap lama yang sudah rosak dan berlubang.
Rekabentuk bumbung yang rendah pada kiri dan kanan bangunan.
Lebih 10 Tempat Bocor Perlu Di Letakkan Baldi Setiap Kali Hujan.
Previous
Next
Soalan Netizen: Kenapa Tidak Baiki Jer Bumbung Bocor?
Pihak Masjid telah pun membaiki bumbung bocor tetapi bertahan tidak lama kerana masalah utama adalah bumbung mendatar tidak diselesaikan penyebab kebocoran.
Oleh itu, Pihak masjid bermesyuarat sebulat suara bersetuju membuat mengubahsuai bentuk bumbung kepada yang lebih efisien.
Cadangan Lakaran Ubahsuai Bumbung
Previous
Next
Namun, dana Tabung masjid TIDAK mencukupi.
Dana yang di perlukan berjumlah RM1,000,00.00 bagi ubahsuai bumbung termasuk membaik pulih struktur asas tiang lama, dinding supaya lebih tinggi dan struktur bumbung baru lebih sesuai ketika hujan lebat untuk mengelakkan kebocoran dan ini termasuk pendawaian eletrik, siling dan eksesori yang terlibat.
Dana Perlu Cukup Baru Boleh Buat..
Masjid ini menampung 800 jemaah dalam satu masa dan perlukan dana SEGERA bagi memulakan projek ini kerana jemaah perlu berpindah ke tempat lain untuk solat fardu dan jumaat ketika projek dimulakan & sedang berjalan.
Jangkaan projek ini akan dimulakan pada bulan JUN 2025 dan masa semakin dekat dan
dana ubahsuai masjid masih TIDAK mencukupi.
Harapan kami ANDA boleh bantu masjid kami melalui Infaq Ubahsuai Bumbung & Pembangunan.
Bantu Kami, Terus Berwakaf di Bawah
QR Kod Wakaf Ubahsuai Bumbung & Pembangunan
Previous
Next
Lawatan Pejabat Mufti Ke Tapak Projek
Hulur Sumbangan Wakaf Anda
Klik Butang Oren untuk terus ke Gerbang Pembayaran (Billplz). Jangan tutup browser semasa proses pembayaran sehingga paparan resit dijana bagi menyempurnakan transaksi sumbangan anda.