MASJID KAMPUNG BERUSIA 61 TAHUN INI PERLUKAN BANTUAN ANDA SEKARANG.

Masjid Rahmani Kampung Sadek 09200 Kupang Baling Kedah.

Masjid ini dibina pada tahun 1964 dan telah menjadi tempat ibadah kepada orang kampung disini selama 61 tahun.

Masjid berusia lebih 61 tahun ini sedang mengalami pelbagai masalah kerosakkan. Di fahamkan ada jemaah yang terjatuh akibat lantai lincin dan baju basah ketika solat kerana bumbung bocor.

Masalah Bumbung Masjid Rahmani Sekarang

Kerosakan bahagian bumbung menyebabkan karpet basah, berbau dan lantai lincin menyebabkan jemaah tidak selesa ketika beribadah.

Bumbung ruang solat juga terlalu rendah menyebabkan bahang panas dan gelap.

Soalan Netizen: Kenapa tak baiki bumbung yang bocor ?

Pihak masjid telah membaiki bumbung yang bocor TETAPI TAK KEKAL LAMA kerana reka bentuk bumbung mendatar & uzur penyebab kebocoran yang banyak, sukar dikesan & berulang.

Banyak Tempat Bocor Perlu Di Letakkan Baldi Setiap Kali Hujan.

Masjid lama ini AMAT PERLUKAN SUMBANGAN ANDA

KOS KESELURUHAN UBAH SUAI RM 1.2 JUTA

Ubahsuai ini termasuk membaik pulih struktur asas tiang lama, bumbung, siling, dinding supaya lebih tinggi dan struktur bumbung baru lebih sesuai ketika hujan lebat untuk mengelakkan kebocoran dan ini termasuk pendawaian elektrik, siling dan eksesori yang terlibat.

Lawatan Mufti Kedah ke Masjid Rahmani

Previous
Next

Pelan Cadangan Ubahsuai Masjid Rahmani

Bantu siapkan Masjid Rahmani untuk jemaah beribadah. Saham akhirat anda akan mengalir setiap masa.

Tabung Masjid & Tabung Jumaat Sekarang hanya cukup untuk bayar bil bil dan operasi masjid sahaja.

Kutipan sumbangan daripada anak kariah disini sangat terhad kerana rata rata anak kariah bekerja kampung sahaja. Oleh itu, bantuan anda bagi ubah suai masjid ini amatlah di perlukan.

Masjid ini menampung 800 jemaah dalam satu masa dan perlukan dana SEGERA bagi projek ini kerana jemaah perlu berpindah ke tempat lain untuk solat fardu dan solat jumaat ketika projek dimulakan & sedang berjalan.

MASA MAKIN SUNTUK DAN DANA MASIH TIDAK MENCUKUPI.

Harapan kami, ANDA boleh bantu menyumbang untuk ubah suai Masjid Rahmani.

Bantu Sekarang, Hulurkan Sumbangan Anda di Bawah.

RM

Pay_with_Billplz_FPX-a705d5d689275e4bc9be941fdf1fb61b98231b91962b94c7536cf04398ce9e02

Klik Butang Oren untuk terus ke Pembayaran Online (Billplz). Jangan tutup browser semasa proses pembayaran sehingga paparan resit dijana bagi menyempurnakan transaksi sumbangan anda.

© 2025. All rights reserved by Digital Masjid Rahmani